.jpg)
Perjuangan kerdil Norlina Alawi (lebih mesra dengan panggilan Mama) rupa-rupanya sudah menjangkau lebih dari 2 dekad. Pelbagai rintangan dan cabaran yang ditempuh untuk mempertahankan anak-anak pesakit HIV/AIDS yang tidak bersalah. Mana tidak nya, penyakit yang seakan tiada ubatnya menyebabkan masyarakat pandang serong kepada anak-anak ini sedangkan mereka tidak bersalah.
Di dalam buku ini telah dinukilkan pelbagai kisah suka dan duka, dugaan demi dugaan yang di hadapi sepanjang lebih 21 tahun menjaga anak-anak pesakit HIV/AIDS.

Sebagai tanda terima kasih, rasa sayang kepada semua yang menyokong secara langsung atau tidak langsung dengan perjuangan Norlina Alawi, telah diterbitkan buku bertajuk "AKU SEORANG NORLINA ALAWI".
Buku ini sebagai bicara hati kegigihan dalam memikul tanggungjawab sepanjang mengurus Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Buku ini diilhamkan bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar berjiwa rasa dalam perlaksanaan fardu kifayah berkonsepkan keluarga besar terhadap insan-insan anugerah Allah.
Segala penat lelah selama lebih 21 tahun menjaga anak-anak ini telah dirakamkan dalam buku ini untuk dijadikan inspirasi kepada masyarakat diluar sana yang pastinya mempunyai jiwa yang besar untuk berbakti kepada masyarakat. Pastinya seorang Norlina Alawi tidak dapat meneruskan perjuangan ini jika tanpa ada sokongan dan bantuan dari anda semua. Sungguh berbaloi rasa penat lelah ini apabila masih lagi cekal bertahan untuk menjaga anak-anak yang tidak bersalah ini.


Ini sebahagian keluarga besar Norlina Alawi

