Akaun penerbitankeluarganorlinaalawi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

AKU SEORANG NORLINA ALAWI

DUA DEKAD PERJUANGAN CINTA TANPA SEMPADAN



Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT masih diberikan kesempatan dan kekuatan untuk berbakti kepada masyarakat terutamanya kepada kebajikan anak-anak kepada pesakit HIV/AIDS. 

Buat mereka yang belum mengenali diri ini, diberikan nama Norlina Binti Alawi yang lebih mesra di panggil Mama di kalangan rakan-rakan mahu pun masyarakat sekitar. Beliau merupakan Pengasas dan Yang Dipertua kepada Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) dan Pengamanah kepada Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd.

Kepada yang menyokong dan mengikuti perkembangan Mama sebelum ini, perjuangan kerdil Mama ini rupanya sudah berusia lebih daripada 21 tahun. Pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran yang telah dihadapi untuk mempertahankan anak-anak kepada pesakit HIV/AIDS, anak yatim piatu, anak mualaf, anak tidak sah taraf, anak bukan warganegara dan anak terbiar di Malaysia.

Segala penat lelah selama ini membuahkan hasil sehingga dapat bertahan menjaga kebajikan anak-anak ini sehingga sekarang. Mama tidak dapat lakukan semua ini tanpa sokongan dan keprintinan dari anda semua.

Terima kasih !


  


Sebelum ini Mama telah mengeluarkan terbitan buku yang bertajuk “Sesuci Kasih Norlina Alawi”Novel “Cinta Tanpa Sempadan Norlina Alawi”Buku Komik Kami Anak Anak Keluarga Besar Norlina Alawi dimana kesemuanya ditulis oleh BFF Mama sendiri iaitu Lily Haslina Nasir, seorang penulis yang hebat.

Kepada yang pernah mendapatkan naskah terbitan buku ini terdahulu, terima kasih atas sokongan anda. Mama sangat terharu. Bersemangat semula dek terkenangkan sokongan dari kalian semua membuatkan Mama berterusan memikul tanggunjawab ini.


  


 


Sebagai tanda terima kasih, rasa sayang kepada semua yang menyokong secara langsung atau tidak langsung, Mama terbitkan sebuah buku bertajuk “Aku Seorang Norlina Alawi” sebagai bicara hati kegigihan memikul tanggungjawab sepanjang mengurus PERNIM ini. Buku ini diilhamkan bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi sekadar berjiwa rasa dalam perlaksanaan fardu kifayah berkonsepkan keluarga besar kepada insan-insan anugerah Allah.



Buku Autobiografi “Aku Seorang Norlina Alawi” menjadi secebis bingkisan hati untuk dikongsikan bersama-sama dengan penyokong dan kepada masyarakat tentang perjuangan, cabaran, kisah suka duka dan pelbagai perasaan bercampur baur sepanjang lebih 21 tahun menggalas tanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak ini. Sedih untuk diungkapkan, mungkin ini lah buku autobiografi Mama yang terakhir untuk semua penyokong Mama.

Mewakili PERNIM dan Keluarga Besar Norlina Alawi, Mama berharap buku ini dapat memberikan kesedaran dan membuka mata masyarakat tentang kebajikan anak-anak yang tidak bersalah ini. Diharapkan hasil daripada jualan buku ini menjadi pendapatan untuk mengurus anak-anak ini apabila Mama telah meninggal dunia nanti.

Kepada anda yang berminat untuk dapatkan naskah ini boleh mengisi borang dan membuat pembayaran di bawah. Buku ini akan diposkan kepada anda dalam tempoh 2-3 hari selepas pembayaran berjaya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan Mama Norlina Alawi di talian +60 17-886 0208.